aku baru dapat tau yang boss aku cuti 2 hari, start arini, horey! so, esok planning nak rilek je sbb at the moment memang xde keje, (agak2 boss aku bace x blog aku?) klo x naya je aha lol
well, aku ade lagi satu blog, blog yang menceritakan segala pengalaman dan kenangan aku bersama arwah mak aku. dah lama da blog tu x berupdate. actually, there are lots of stories and moment yang belom aku ceritakan lagi dalam blog tu, tapi xtaula, kadang2 aku lagi senang termenung dan terkenang sendiri daripada nak menulis kat blog, bawak kete termenung, tgk tv termenung, even bile bangun pagi, bile tgk muke isteri dan anak aku yang masih dibuai mimpi, akan mengingatkan aku pada arwah mak.
aku mungkin dah boleh bayangkan situasi arwah mak dulu, macam mana die jage aku sejak aku lahir sampaila besa, pasti x tumpah dengan cara me and wife take care of our baby Z, malam terjaga, bagi minum susu, tuka pampers, pujuk balik bg tdo after nangis dan macam2 lagi, sangat besar pengorbanan tu kan?
plus, mak dulu cukup manjakan aku, budak manja cam aku pasti lagi susah nak dijaga, tapi hasilnya, kasih sayang yang x berbelah bahagi..
aku baru berumur pertengahan 20-an, aku rase masih muda untuk kehilangan kasih sayang mak,bukan x redha dengan pemergian mak tapi x salah kalau aku cakap yang aku sangat merindui segala layanan mak terhadap aku, dicium, bercakap dari hati ke hati, dimarahi, disindir ,bergelak tawa dan macam2 lagi..
kite x akan dapat lagi semua tu bile ibu kita dah tiada...
but aku masih bersyukur, my wife still ade mak, n insyaallah, aku akan terus mengingatkan wife aku betapa hebatnya serta betapa seronoknya diri yang masih lagi mempunyai ibu, kite x akan rase sangat perasaan tu, sebab ibu kita masih ade depan mata, rase cam rutin harian je.
aritu aku tertengok bualbicara dr fadhilah kamsah kat astro, kebetulan topik yang dibincangkan adelah 'anak derhaka pada ibu', sukar nak gambarkan perasaan mase tu, bukan nak kate aku ni derhaka, idak.., cume alangkah seronoknya jikalau ape yang dikatakan dr. tu masih boleh lagi aku lakukan terhadap mak. tambahan, apabila penonton tanya pelbagai soalan mengenai itu ini terhadap ibu, aku tersenyum, alangkah bertuahnya kau kerana dr. dapat jawab soalan tu dan kau dapat memperbaiki diri untuk menjadi anak yang lebih cemerlang seterusnya berjsa terhadap mak kau.
rancangan tu buat aku rase insaf sedikit dan lebih merindukan arwah mak.
she's the one and forever,